Assalamualaikum.
Hati. Tolong gagah untuk seketika lagi.
Penat. Aku tahu. Kita sama penat.
Perit. Aku juga rasa.
Parah. Tentu sekali aku juga.
Bukan ini pilihan engkau. Bukan juga aku.
Ini ketentuan. Ingat. Ketentuan.
Pasti ada yang tersirat di sebalik semua ini.
Yang masih setia berdiri sama tinggi. Terima kasih.
Walau boleh di bilang tanpa jari kaki.
Kerana kalian yang masih setia, aku sama hati masih di sini.
Menghitung dosa dosa semalam, kelmarin dan sebelum itu.
Mudahan hari ini, tiada dosa. Hampa.
Manusia mudah lupa.
Hati sama aku masih mencari cari.
Nur yang tersembunyi. Malu barangkali.
Namun, aku akan terus menanti. Sampai mati sekalipun.
Kerana aku pasti Yang Maha Pencipta sentiasa ada.
Cuma aku sama hati perlu sabar dalam menanti.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment