Rasa ini kerap buat aku gila.
Gila dalam menilai yang mana realiti dan yang mana fantasi.
Persetankan semua itu. Hampa.
Aku belum cukup perkasa.
Tiap detik hanya kau yang mengundang rasa gila datang menggangu.
Engaku datang tanpa utusan. Pergi juga tanpa pamitan.
Dan aku ? Masih setia tarik tali.
Antara kejujuran atau topeng opera kepalsuan.
Aku lebih sedia memilih topeng. Sebap ?
Aku terlalu ego untuk kebenaran.
Aku takut hadapi penolakan.
Aku risau hadapi kejatuhan.
Memilih harga diri yang tak bersisa lebih penting.
Dari mengikut kehendak jiwa yang melolong mintak diisi.
Engkau yang buat aku gila, entah apa yang kau petakan.
Sayangkah ? Atau sukakah ?
Mungkin juga benci.
Atau kau juga si pemakai topeng tegar ?
Ahh payahnya menilai tindak tandukmu.
Aku si langit biru dan kau titis titis hujan meteor.
Langit sentiasa menati hujan balik ke langit.
Kemengarutan buat tanda tanda kewarasan makin memupus.
Dan aku si gila yang kian buntu.
Entah. Rasa yang tak pernah luput.
Aku dan rasa ak pernah terpisah jauh.
Tak akan sekali kali.
Ouuchh, its Beautiful Nightmare (:
It awesome when I become a Superwomen (: *okay its nightmare. Beautiful nightmare.
Tuesday, 20 March 2012
Sunday, 18 March 2012
Si penanti sama hati.
Assalamualaikum.
Hati. Tolong gagah untuk seketika lagi.
Penat. Aku tahu. Kita sama penat.
Perit. Aku juga rasa.
Parah. Tentu sekali aku juga.
Bukan ini pilihan engkau. Bukan juga aku.
Ini ketentuan. Ingat. Ketentuan.
Pasti ada yang tersirat di sebalik semua ini.
Yang masih setia berdiri sama tinggi. Terima kasih.
Walau boleh di bilang tanpa jari kaki.
Kerana kalian yang masih setia, aku sama hati masih di sini.
Menghitung dosa dosa semalam, kelmarin dan sebelum itu.
Mudahan hari ini, tiada dosa. Hampa.
Manusia mudah lupa.
Hati sama aku masih mencari cari.
Nur yang tersembunyi. Malu barangkali.
Namun, aku akan terus menanti. Sampai mati sekalipun.
Kerana aku pasti Yang Maha Pencipta sentiasa ada.
Cuma aku sama hati perlu sabar dalam menanti.
Insyaallah.
Hati. Tolong gagah untuk seketika lagi.
Penat. Aku tahu. Kita sama penat.
Perit. Aku juga rasa.
Parah. Tentu sekali aku juga.
Bukan ini pilihan engkau. Bukan juga aku.
Ini ketentuan. Ingat. Ketentuan.
Pasti ada yang tersirat di sebalik semua ini.
Yang masih setia berdiri sama tinggi. Terima kasih.
Walau boleh di bilang tanpa jari kaki.
Kerana kalian yang masih setia, aku sama hati masih di sini.
Menghitung dosa dosa semalam, kelmarin dan sebelum itu.
Mudahan hari ini, tiada dosa. Hampa.
Manusia mudah lupa.
Hati sama aku masih mencari cari.
Nur yang tersembunyi. Malu barangkali.
Namun, aku akan terus menanti. Sampai mati sekalipun.
Kerana aku pasti Yang Maha Pencipta sentiasa ada.
Cuma aku sama hati perlu sabar dalam menanti.
Insyaallah.
Tuesday, 21 February 2012
Hi there (:
Assalamualaikum (: *sila abaikan muka mintak kaki di atas.
Hi. Okay this is my second blog selepas blog pertama aku dah decide nak simpan dalam tempayan buat pekasam je-,- So marilah kite kenal kenal dulu kan. Mane laa tahu, kot kot aku ni kawan lama korang yang terpisah 7 8 tahun lepas ke. Haaa
Real name : Nur Munirah Binti Mohd Ghazali
Nickname : Munn, Sue, Munirah
Bila lahir : 19 September 1993
Stay dekat : Jalan Klang Lama * tapi macam dah nak pindah jee
Study di : Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Itu secara roughly pasal aku. Nak tahu banyak, rajin rajin jengah belog aku ni ye. Hihi Reason kenape aku tinggalkan blog lama aku Hujan balik ke langit (: even dah berlambak lambak kenangan aku zaman muda remaja dulu simple je, aku dah takde privacy. Haha Bajet mengalahkan retiss laa kau Mun. Okayy, aku memang menggelabah siket. Bukan ape, blog aku dulu tu ramai classmate aku dah tahu. so macam tak berape nak syok siket laa kan, kite sedap sedap nak mengumpat dorang, dorang pergi baca pulak. Pastu kang tak pasal pasal terasa pulak. Hihi Okay sumpah propa-,-
Okay sekarang aku otw nak menghabiskan 4 semester setengah Dip. in Civil Engineering aku dekat Psa.4 semester setengah mane lame. Ehh tak lame laa, 2 tahun lebih jeeee-,- Haha Okay aku memang suffer pun nak menghabiskan sisa pelajaran aku tu. Tapi nak buat macam mana kan, redha je la. Now, semester break. So aku agak riang ria ribena dekat rumah.Hujung minggu ni, bermula laa balik sesi penderitaan aku. Haihh
Dah membebel panjang panjang lebar ni, lupa pulak nak cakap status aku. Haa aku still lagi menunggu Mr. Right aku. Sound macam aku ni tak laku benor kan. Haha agak laa. Semua orang tak boleh nak terima mulut puaka aku ni. Aku pun tak paham kenape. Ape tah masalah dorang dorang. Especially budak budak jantan dalam class aku. Dah laa 7 orang je *tahu laa dahh ank pupus-,- ,pastu mulut dorang memang nak makan kaki aku satu hari nanti. Serious. Pasal dorang tu, lain kali je laa aku cerita. Aku takde perasaan nak ingat perangai dorang buat masa ni. Haha
Aku harap blog baru ni dapat bagi aku semangat baru dalam nak hadap 4 semester setengah lagi kat Psa tu . Ececehh -,- Haha Okay laa nanti aku sambung lagi ehh. Kbai
Subscribe to:
Posts (Atom)